BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

~semoga gembira selalu~

~menilai sesuatu kebenaran harus menggunakan mata hati....pandangan zahir kadangkala tidak tepat dalam menentukan kebenaran hakiki....

Followers

Tuesday, October 5, 2010

::Aduhai Sakit Kepala Ku''''

MIGRAIN


Pengenalan Penyakit
-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

erm inilah yang intan alami dari dulu lagi..may b sebab faktor keturunan juga..tapi seriuslah kalau kene mmg tak boleh nak buat apa..sekaran makan ubat jerlah untuk kurangkan sakit tue..dan ada juga cara yg intan amalkan skrg.alhamdulillah dah nampak kuranglah seket..tp semenjak makan2 raya nie penyakit datang balik...dan faktor cuaca yang tak menentukan...erm harap2 lepas nie semakin baiklah hendak ya..amin...


9 ulasan:

sarah-najwan said...

intan..xtry perubatan lain eh..semoga awk cepat baik dan hepi2 blogging eh..

Fieza79 said...

migrain mmg teruk kan...tak penah alami tp penah tgk pon dh nmpk kesakitan yg teramat...

hrp2 intan punya tahap migrain tu tak terok mcm sesetengah org tu...insyaallah....

hajarus said...

mudah2an migrain akak akak hilang terus.. Amin...

ardinihumaira said...

dni penah gak kena sakit cemtu tapi tatau migrain tak. hu

eima said...

huiiissshhh menakutkan la ...
patut le kawan aku yg ada migrain dulu ... siap dok dlm gelap tak bgn2 tido ....

Intan Inn said...

thanks semua..erm mmg migrain nie kalau kene yg teruk mmg tak boleh bangunlah...nak betul2 rehat baru boleh..kalau makan ubat pun kene yg betul2 kuat..intan dah rasa semua tue dan sentiasa juga kene...

b4 diz mak yg kene tak tahu mcm mana dia rasa skrg intan dah taurasanyer..

kadang2 silap makan jer terus kene tau..mcm2 faktor juga..

Intan Inn said...

thanks semua..erm mmg migrain nie kalau kene yg teruk mmg tak boleh bangunlah...nak betul2 rehat baru boleh..kalau makan ubat pun kene yg betul2 kuat..intan dah rasa semua tue dan sentiasa juga kene...

b4 diz mak yg kene tak tahu mcm mana dia rasa skrg intan dah taurasanyer..

kadang2 silap makan jer terus kene tau..mcm2 faktor juga..

Redbloodsnow said...

thanx for the info yunk. sgt berguna utk zie yg penghidap migrain gak :)

Intan Inn said...

zie..mmg skrg selalu sis kene migrain..tapi adanyer ubat dapatlah kurang sket...