BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

~semoga gembira selalu~

~menilai sesuatu kebenaran harus menggunakan mata hati....pandangan zahir kadangkala tidak tepat dalam menentukan kebenaran hakiki....

Followers

Monday, July 26, 2010

::4,000 sambut Hari Keluarga NSTP::

PETALING JAYA: Hari Keluarga The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) 2010 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 4,000 kakitangan bersama keluarga masing-masing di Sunway Lagoon di sini, semalam.

Hari Keluarga yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu dimeriahkan artis terkenal antaranya Along serta Angah Raja Lawak, Azlan & The Typewriter dan Fadzli Zainal selain pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka dan pertandingan bola tampar pantai.


Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Bujang, berkata Hari Keluarga itu diadakan bagi menghargai kakitangan yang bertungkus-lumus bertugas serta menaikkan nama syarikat sesuai dengan temanya kali ini, ‘Work Hard, Play Hard’.


Memang sangat seronok sangat dapat turut memeriahkan majlis hari keluarga...petang tue hujan sangat lah lebat...so sempatlah berehat n bermain mainan yang tersapat di sunway laggon dengan percuma...hehehhe...... anak2 sangat seronok bermain air...gelonsor air..da melihat semua binatang.....

MAsa yang tak berapa nak mengizinkan next n3 akan update gambar family day k.....daaa....



0 ulasan: