Salam di hari yang indah...e3 kali nie macam semacam jer tajuknyer kan...bukan apa saja nak kongsi dengan blogger yang sudi.... actually nie pengalaman dalam diri aku lepas bersalinkan anak akuyang no2 Imran Hazim... lahir normal 3.44kg..tiada apa masalah selepas bersalin... biasalah cume meragam masa kecik2 tue adalah..... selepas aku habis pantang dia nampak lain sikit..kat badan dia ada tanda merah2...pas tue bila pg klinik amik ubat masih tak kurang...lama kelamaan doktor sahkan dia ader eczema/alahan....
Alahan (ruam) eczema |
Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak. |
Alahan biasa |
Terdapat beberapa faktor penyebab alahan antaranya ialah:
Tanda-Tanda dan gejala alahan yang biasa di hadapi antaranya :
|
Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah. |
0 ulasan:
Post a Comment