BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

~semoga gembira selalu~

~menilai sesuatu kebenaran harus menggunakan mata hati....pandangan zahir kadangkala tidak tepat dalam menentukan kebenaran hakiki....

Followers

Saturday, June 26, 2010

~! KeTabaHaN DiRiKu !~

Salam di hari yang indah...e3 kali nie macam semacam jer tajuknyer kan...bukan apa saja nak kongsi dengan blogger yang sudi.... actually nie pengalaman dalam diri aku lepas bersalinkan anak akuyang no2 Imran Hazim... lahir normal 3.44kg..tiada apa masalah selepas bersalin... biasalah cume meragam masa kecik2 tue adalah..... selepas aku habis pantang dia nampak lain sikit..kat badan dia ada tanda merah2...pas tue bila pg klinik amik ubat masih tak kurang...lama kelamaan doktor sahkan dia ader eczema/alahan....


Sepanjang memjaga dan membesarkan dia memang banyak dugaan dan menguji kesabaran kami sekeluarga..berkat doa dan dorongan dari family aku tetaptabah menghadapi semua duggan.... ada doktor kata penyakitakan sembuh cepat bila anak berumur 2tahun..ader juga yang sampai remaja,sampai tua pun ada bergantung pada kekuatan pada baby tersebut..... So aku berserah jer pada takdir... ini semua ade hikmah di sebaliknya... Alhamdulillah sekarang anak aku dah semakin baik cuma kena sentiasa pantau dengan menjaga makan, minum, keadaan sekeliling dan sebagainya bagi mengelakkan dari terus berlarutan...
:
:
:



Alahan (ruam) eczema

Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Alahan biasa

Terdapat beberapa faktor penyebab alahan antaranya ialah:

  • Faktor persekitaran seperti perubahan suhu, asap dan habuk.
  • Pemakanan - antaranya makanan laut, bahan pengawet dan pewarna.
  • Gigitan atau sengatan serangga.
  • Ubat-ubatan

Tanda-Tanda dan gejala alahan yang biasa di hadapi antaranya :

  • Terdapat bintik-bintik dan kegatalan pada kulit.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
  • Bibir membengkak.
Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah.

0 ulasan: